SEPTEMBER 2022

Mesyuarat Jawatankuasa Kerja Sosioekonomi Bincang Pembangunan Sarawak, Sabah


KUCHING: Timbalan Premier Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan menghadiri Mesyuarat Jawatankuasa Kerja Sosioekonomi (JKSE) BIL 2 diadakan secara atas talian pada Khamis.

Mesyuarat tersebut dipengerusi Menteri Di Jabatan Perdana Menteri Dato' Seri Mustapa Mohamed dan dihadiri Menteri persekutuan dan wakil dari Sabah

Dalam mesyuarat lebih dari dua jam itu, pelbagai isu dibincangkan antaranya melibatkan projek pembangunan di Sarawak dan Sabah, terutamanya melibatkan pendidikan.

Turut hadir Menteri Muda di Jabatan Ketua Menteri (Undang-Undang, MA63 dan Perhubungan Negeri-Persekutuan) Datuk Sharifah Hasidah Sayeed Aman Ghazali, Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri Sarawak (Perancangan Ekonomi dan Pembangunan) Datu Dr Muhammad Abdullah Zaidell.

Sumber dari : Jiwa Bakti